Selamat Malam,
Susah betul jadi manusia ni. Time kena extend study dulu, aku bukan main nak cepat habis sebab nak cepat2 kerja. Bila dah habis study ni, susah plak nak kerja. Kerja kerajaan kena beku, swasta plak bukan main demand nak kena tau Mandarin plak tuh. Apalah nasib, time aku baru grads plak mereka nak buat benda2 macam tu semua. Nampak sangat yg hidup aku ni malang betul.
Aku selalu mengharapkan hidup aku akan bertambah baik terutama lepas aku dah habis study, tapi nampaknya keadaan dah semakin teruk. Aku terpaksa terima kenyataan yg nasib aku memang malang. Pergi jobfair pun wat bazir duit jer. Tengok muka aku terus mereka tak nak ambil kerja. Almaklum la muka aku ni macam muka budak tak habis sekolah jer. Tutup mata pun takde sape2 nak pandang pun.
Ada satu hari tu, aku tengah tunggu bas. Ada la sorang makcik tu tengah tunggu bas jugak. Aku bukan main tegur dia dengan lemah-lembut dan sopan-santunnya tapi malangnya dia tak layan. Lepas tu, datang sorang pakcik yg kenal bapak aku bertanyakan khabar aku le kunun waktu tu. Dia tanya dah habis study belum. Aku cakap la aku dah grads pun, tunggu nak kerja je. Nak dijadikan citer, makcik yg sombong dan tak nak layan aku tadi tiba2 datang dekat dengan aku, nak baik2 dengan aku le kunun sebab tau aku ni berpelajaran tinggi. Menyampah aku. Dah tau aku ni bekas student baru nak layan aku. Nampak sangat tak ikhlas dan suka pandang orang sebelah mata jer.Pengajaran dari citer ni, jangan la pandang rendah kat orang. Hormat la sikit kat orang muda2 wahai orang2 tua oiiii!!!
Aku sebenarnya masih bersabar walaupun banyak dugaan yg menimpa sejak akhir2 ni. Aku harap kesabaran itu akan berkekalan. Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan kurniakanlah aku kesabaran yg tidak terhingga. Aku tak nak marah orang sebab aku takut aku akan menyesal dan memalukan diri-sendiri jer. Kemarahan adalah syaitan. Aku tak mau jadi syaitan, aku nak terus jadi manusia. Jadi kucing pun aku tak nak walaupun kucing tu comel dan ramai orang sayang.HIHIHI...
Walau apapun terjadi, aku kena POSITIF. Hidup tak selalunya indah tapi ia tak semestinya akan berterusan malang kan? Tuhan nak uji aku je ni. Maybe suatu hari nanti ada sesuatu yg besar dan begitu baik untuk aku yg Tuhan akan bagi. Parent dan lecturers aku selalu percaya kat aku. Kenapa plak aku tak boleh percaya kat diri-sendiri kan? Haha.. Hanya orang bodoh saja yg tak percayakan diri-sendiri. Aku kena lebih BERANI lepas ni. YEAHHHH!!!!!!!
Setakat ni jelah untuk malam ni, nanti lain kali sambung lagi.BYE